Semangat EURO 2024 untuk semua peminat sukan bola di Malaysia, kami telah menganjurkan acara EURO 2024 Street Soccer di SACC Walk Shah Alam.

Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan seperti perlawanan 3 on 3 Street Soccer Kategori Kanak-Kanak & Remaja, pertandingan 7 on 7 Street Netball,, permainan video game PS5 secara percuma, aktiviti zumba, persembahan daripada artis tempatan, jualan durian dan banyak lagi.

EURO STREET SOCCER 2024 di SACC WALK berhadapan SACC Mall dan Kompleks PKNS Shah Alam

Acara EURO STREET SOCCER 2024 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), Central Holdings Berhad (CHB) dan Jom Havoc Event Management telah dirasmikan oleh En. Nik Aiman Nik Muhammad (Ketua, Pengurusan Strategi & Subsidiari PREC) bersama-sama dengan SUPT Ramsay Anak Embol (Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam), DSP Mohd Nashriq bin Sanudin (Ketua Bahagian Caw. Khas, IPD Shah Alam) dan INSP Ahmad Fazlin bin Rasli (Ketua Balai 9, IPD Shah Alam) pada 14 Julai 2024.

Pertandingan 7 on 7 Street Netball di Arena A.T.AS @ SACC Mall


#saccmall #saccwalk #shahalam #malaysia #komplekspknsshahalam #pknsrealestate #pkns #prec #eventeuro #euro2024 #durian